Resepi mudah Pavlova

Pavlova adalah pencuci mulut berasaskan meringue menggunakan telur putih yang dipukul bersama gula sehingga kental.

Ia adalah meringue pencuci mulut dengan kerak rangup dan isi dalam yang lembut dan ringan, biasanya ditaburi dengan buah-buahan dan krim putar.

Pavlova dinamakan sempena seorang penari balet (ballerina) yang berasal dari Rusia iaitu Anna Pavlova yang telah mengembara ke Australia dan New Zealand. Pencuci mulut itu dipercayai telah dibuat untuk menghormati penari ballet semasa atau selepas salah satu lawatannya ke Australia dan New Zealand pada tahun 1920-an

Bahan-bahan membuat Pavlova

4 biji putih telur

3/4 cawan gula kastor

1 sudu besar tepung jagung

1 sudu teh esen vanila

1 sudu teh jus lemon (boleh juga menggunakan 1 sudu teh cuka makan)

 

Bahan topping

Krim putar

Buah-buahan

 

Cara-cara penyediaan

Di dalam mangkuk besar, pukul telur putih sehingga kembang. Masukkan gula sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi kental menjadi meringue. Setelah itu, gaulkan adunan bersama esen vanila, tepung jagung dan jus lemon.

Letakkan kertas minyak yang berbentuk bulat mengikut saiz yang dipilih di dalam loyang. Bentukkan meringue di atas kertas minyak dalam ketebalan 2.5 – 3 sm.

Panaskan oven pada suhu 150 darjah celcius selama 15 minit, setelah itu turunkan suhunya. Bakar pada suhu sederhana iaitu 130 darjah celsius selama 60 ke 75 minit bergantung pada saiz pavlova yang dibentuk.

Suhu yang rendah akan membuatkan pavlova anda cair dan tidak masak dan jika suhu melampau pula di luarnya akan cepat masak tetapi didalam tidak masak.

 

 

Related Posts