Spageti Aglio Olio

Bahan-bahan

Satu pek Spageti

1/3 cawan minyak Zaitun

8 ulas bawang putih (dipotong nipis)

1/2 sudu teh serpih cili (chilli flakes)

1/2 cawan daun pasli

1 cawan keju Parmesan (disagat)

Sedikit garam

 

Cara Penyediaan

Ambil periuk besar dan didihkan 1 1/2 cawan air. Masukkan 2 sudu garam dan Spageti. Rebus Spageti sehingga lembut. Toskan dan ketepikan.

Sementara itu, panaskan minyak zaitun di atas api sederhana dalam periuk yang besar. Tumis bawang putih sehingga ia masak garing dan masukkan serpih cili. Kacau sehingga sebati.

Letakkan sedikit air rebusan Spageti tadi. Seterusnya, masukkan sedikit garam dan kacau. Masukkan Spageti, daun Pasli dan keju Parmesan dan gaulkan sebati. Biarkan selama 5 minit sebelum dihidangkan.

Related Posts