Juadah Berbuka Yang ‘Rare’ Mungkin Hanya Ada di Bulan Puasa

Perkara yang menjadi perhatian setiap kali bulan puasa tiba pastinya juadah berbuka puasa yang menyelerakan.

Terdapat juga makanan yang seringkali cuma boleh didapati di bulan Ramadan. Bukan cakap tiada di bulan biasa, cuma mungkin kurang kerana pemintaannya yang tinggi hanya di bulan Ramadan.

Nekbat

Orang Kelantan dan Terengganu pasti kenal dengan kuih ni. Ia boleh dikatakan sebagai kuih ‘rare’ dan pelik yang bermusim kerana ianya hanya boleh didapati di bulan puasa. Bulan-bulan biasa agak sukar dan boleh dikatakan tak ada orang jual.

 

Air Katira

Air katira ni antara minuman yang boleh dikatakan memang bermusim. Bulan puasa je mesti ramai yang jual. Admin pun bulan puasa je teringin minum air ni. Hari lain mungkin susah jugak nak cari air ni kat pasar minggu atau kat mana-mana.

 

 

Nasi Ulam

Setiap tahun antara makanan yang pasti ada sekurang-kurangnya sehari dalam sepanjang bulan Ramadhan sebagai juadah berbuka puasa ialah nasi ulam…Nasi ulam adalah makanan tradisi di negeri Kedah ni, terutama pada bulan Ramadhan. Pehh kecuq ayaq liur!

 

Ayam tempayan

Ayam tempayan ni rasanya memang dapat tengok time puasa je. Mana ada ayam tempayan kat pasar malam. Ditambah dengan sos nya yang manis sedap. Pehh. Memang merupakan favourite seisi keluarga.

 

Popia Cheese

Popia yang penuh dengan cheese memang menarik perhatian. Paling sedap admin pernah makan dekat Bazar Ramadan Taman Sri Andalas Klang. Ada ke yang dah cuba? Memang terbaik. Balik kerja boleh gi serbu okay!

Lompat Tikam

Rasanya makanan ni ada je hari biasa cuma pemintaannya tinggi menjelang puasa. Wei ni merupakan manisan yang sedap bagi admin.

 

 

 

Murtabak Cheese

Fuhh sekarang semua benda nak letak cheese. Apa kata korang cuba pulak murtabak cheese. Bukan murtabak biasa tau.

 

 

 

Talam Keladi Berlauk

Kita biasa dengar kuih cara berlauk. Tapi kali ni talam berlauk. Siapa pernah makan? Memang sedap kalau kena bulan puasa ni.

 

 

Colek

Colek ini sebenarnya merupakan istilah yang bermaksud cicah bersama apa jua sos. Biasanya colek ni merupakan tradisi negeri Kelantan selepas terawih. Tak kisah la colek apa pun, buah atau lauk. Janji ianya dicolek dengan kuah sos yang disediakan.

 

Sumber : OhBulan

Related Posts