Sajian Istimewa Bufet Berbuka Puasa di Klana Beach Resort PD

PORT DICKSON, 20 MEI – Klana Beach Resort Port Dickson menyediakan bufet berbuka puasa pada harga berpatutan (RM29.50 untuk kanak-kanak dan warga emas serta RM58 untuk dewasa) bermula pada 3 Ramadan sehingga 27 Ramadan 1439H.

Sebanyak 130 hidangan menu Warisan Kampung disediakan untuk disajikan kepada tetamu yang hadir. Antara menu istimewa yang dinantikan setiap kali Ramadan ialah Kibas Golek.

Selain itu, turut disediakan kemudahan surau untuk tetamu menunaikan solat Maghrib dan Terawih berjemaah.

Antara lain, Klana Beach Resort PD turut menawarkan Pakej Penginapan (bilik penginapan 1 malam, bufet Ramadan dan sarapan pagi / sahur) berharga RM138 seorang dengan penambahan harga RM60 untuk dewasa dan RM50 untuk kanak-kanak.

Tempahan bufet Ramadan dan Pakej Penginapan boleh dibuat dengan menghubungi Klana Beach Resort Port Dickson di talian 06-6487888.

Berita lain sila layari : https://www.facebook.com/mainsOfficial/

#UnitMediaMains : Nurizyan / Azlan

Related Posts