BAITULMAL KUALA PILAH LAKSANA PROGRAM PEMUTIHAN ASNAF

KUALA PILAH, 6 Jul-Majlis Agama Islam Negeri Sembilan melalui Pejabat Baitulmal Kuala Pilah berpeluang melaksanakan Program pemutihan asnaf atau program pemurnian menyeluruh asnaf yang telah bermula sejak 2 Julai yang lalu.

Program pemutihan ini dijadualkan akan dilaksanakan secara berperingkat untuk seluruh asnaf fakir miskin Kuala Pilah. Oleh yang demikian, dengan mempunyai data asnaf yang disimpan oleh pihak Baitulmal, ia menjadi rujukan utama untuk melaksanakan program pemutihan ini.

Program pemutihan ini melibatkan beberapa peringkat iaitu Baitulmal akan melihat, memantau dan turun padang ke rumah asnaf. Ini adalah bertujuan untuk melihat perkembangan kehidupan asnaf dari segi kerohanian, pendidikan, ekonomi, Kesihatan dan sebagainya.

Seterusnya, program pemutihan ini malalui satu proses iaitu proses saringan. Proses ini berfungsi untuk menyaring setiap asnaf samaada masih layak ataupun tidak untuk diteruskan bantuan fakir miskin secara bulanan.

Pada masa yang sama, proses pemutihan ini juga akan mengambil kira garis kecukupan seseorang dalam penentuan asnaf atau dipanggil had kifayah.

Kesimpulannya, usaha merubah kehidupan asnaf memerlukan komitmen semua pihak. Bantuan zakat sememangnya bersifat sementara melainkan jika asnaf yang menerima itu telah uzur, sakit dan mempunyai asbab yang dia berhak menjadi seorang asnaf. Itu juga merupakan elemen kebajikan yang sememangnya perlu di ambil kira oleh pihak Baitulmal.

#zakatmesradhuafa
# baitkualapilahpeduliasnaf

Related Posts