Resipi Tular: Pastry Fruits Cake Jadi Igauan, Memang Gebu!

   
Kalau musim hujan macam sekarang ni, makan kek dan minum teh memang sedap. 
 
Ada pula resipi kek buah yang dipanggil pastry fruits cake yang tengah tular sekarang ini, memang tak keluar rumah jawabnya. Jomlah cuba!
 
Foto:Facebook
Bahan-bahan:
Buah pic, strawberi dan beri biru (kuantiti ikut suka)
125 gram mentega
1 cawan gula
3 biji telur
6 sudu besar susu segar
1 sudu kecil cuka
1 sudu besar sunquick 
2 ¼ cawan tepung gandum
1 1/2 sudu kecil serbuk penaik
 
Foto:Facebook
Cara-cara:
 
Campurkan mentega dan gula sehingga putih gebu

Foto:Facebook
Kemudian masukkan susu segar, cuka dan sunquick (satukan dahulu kesemuanya dalam sebuah mangkuk)
 

Foto:Facebook
Tuang ke dalam mangkuk pembancuh dengan perlahan-lahan 
Masukkan telur 
Gabungkan dengan perlahan-lahan
 
Foto:Facebook
Masukkan tepung gandum dan serbuk penaik (ayak kesemuanya)

Foto:Facebook
 
Masukkan ke dalam loyang berukuran 8×8. Lapik dahulu dengan kertas pembakar. Susun buah mengikut kreativiti sendiri. 
 

Foto:Facebook
Bakar dengan suhu 180 C selama 1 jam
Siap! Tunggu sejuk sedikit kemudian terbalikkan ia. 
 

Foto:Facebook
Nikmatilah kek yang sungguh gebu dan lembut ini! Selamat mencuba. -CARI

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *