Program Klinik Dan Pusat Dialisis Wakaf An-Nur MAINS

SENAWANG,13 Nov – Klinik Dan Pusat Dialisis Wakaf An-Nur telah mengambil langkah inisiatif bagi menyertai “Penilaian Akreditasi Malaysian Society For Quality
In Health (MSQH)” untuk kali ke -2, hari ini.

Projek Klinik dan Pusat Dialisis Wakaf An-Nur Majlis Agama Islam (MAINS), dilaksanakan dengan kerjasama Johor Corporation( JCrop) melalui Wakaf An-Nur Corporation Berhad (WANCorp).

Program ini di anggotai oleh sekumpulan kakitangan Seremban Specialist Hospital ( KPJ Seremban) bagi membantu proses analisis dan penyusunan maklumat bagi di kemaskini dengan sempurna dan sentiasa di kemas kini setiap 4tahun.

Timbalan Ketua Jururawat KPJ Seremban, Puan Nobaini Malek telah memulakan pembentangan dengan menerangkan serba sedikit mengenai agenda program yang dijalankan.

Dua pakar analisis telah didatangkan khas bagi memastikan program yang dilaksanakan mengikut piawaian MSQH yang diketuai oleh Ketua Analisis Dr. Harikrishna K. Ragavan dari Hospital Kuala Lumpur serta Lt. Kol Dr. Shamsul Bahary Muhamad dari Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT),Kementerian Pertahanan Malaysia.

Objektif program ini bertujuan untuk meneruskan pensijilan akreditasi MSQH bagi keselamatan pesakit mengikut prosedur dan memenuhi standart piawaian yang dibenarkan serta mematuhi peraturan dan panduan yang telah diberikan.

Hadir sama, Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Pembangunan Wakaf Negeri Sembilan,Puan Nur Izzati Adnan.

Berita lain sila layari : https://www.facebook.com/mainsOfficial/#unitmediaMAINS: Hidayat

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *