Wakaf Negeri Sembilan Muamalat.

Wakaf Negeri Sembilan Muamalat Menyumbang Kepada Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyiur dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Baru Si Rusa, Port Dickson.

SEREMBAN, 13 Nov- Wakaf Negeri Sembilan hari ini memberikan sumbangan sejumlah 15 unit komputer kepada Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyiur dan 2 unit penghawa dingin kepada Sekolah Menengah Kampung Si Rusa, Port Dickson.

Majlis simbolik penyerahan ini telah di sampaikan oleh Pengerusi Wakaf Negeri Sembilan Muamalat, Y.Bhg. Dato’ Dr. Abdul Aziz Sheikh Abdul Kadir yang berkeseluruhan sejumlah Rm44,960.00 kepada Pengerusi Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG), Y.Bhg. Encik Aslam Haji Nawabdin.

Antara lain, penyerahan simbolik wakaf Negeri Sembilan telah disampaikan kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyiur, Tuan Haji kamarudin Haji Abu Hassan. Manakala sumbangan kedua telah di serahkan kepada Pengetua Sekolah Menengah Kampung Si Rusa, Port Dickson, Tuan Sahak Ahmadun.

Hadir sama, kakitangan Wakaf Negeri Sembilan Ali Mazri Maulidin dan Mohd Asraf Mohd Razi,kakitangan Bank Muamalat Negeri Sembilan serta para guru dari Sk Taman Dusun Nyiur dan SMK Kampung Si Rusa, Port Dickson.

Berita lain sila layari : https://www.facebook.com/mainsOfficial/
#unitmediaMAINS: Hidayat

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *