Makan 6 Kali Sehari, Berat Gadis Ini 110Kg Turun Kepada 66Kg!

Semua wanita mengimpikan berat badan yang ideal tetapi untuk menguruskan badan bukanlah satu proses yang mudah kerana ia memerlukan kesungguhan dan tekad daripada individu itu sendiri.

Ramai yang tewas di tengah jalan dan impian untuk kurus itu hanya tinggal impian.

Tidak seperti orang lain, gadis bernama Erni Mat ini berjaya menurunkan berat badan daripada 110kg kepada 66kg.

Jom baca dan ikut perkongsian Erni Mat di bawah!

Awak mmg dr dulu kurus mcm ni ke?

Pernah sekali kakak dpt soalan mcm ni dr kawan baru 🤗 Jawapan kakak “Tak laaaaaa”

Badan kakak start naik masa kakak masuk sekolah tadika.. Mama kata masa tu kakak kena pakai baju size 7-8 tahun

Kemudian badan kakak terus kembang dan kembang dan kembang.. Mule2 ayah dgn mama kata

“Takpe.. nnt dah besar badan dia kurus sendiriiiiii”

Bile dah cecah umur 20 tahun mama dgn ayah dh mule sound

“Kakak jaga sikit mkn tu.. gemok2 sgt nnt susah nak carik baju”

Tapi kakak tak heran 😅 sbb banyak je org jual baju plus size. Bile dah cecah umur 30 tahun.. mama n ayah dah malas nak sound (sbb kakak degil) Sampai pernah makcik kakak nak bg RM 1000 kalau kakak boleh turunkan 5kg.. But I DONT CARE!

Bagi kakak “Selagi aku tak sakit.. ok je la gemok.. ape nak susah2 diet” Ego kan

One day Tuhan bagiii… Hambikk TEKANAN DARAH TINGGI.. That is my turning point (Kalau time tu kakak x sedar lagi.. tak tau la ape jd kat kakak skrg)

So adekah bile dh dewasa badan kakak kurus sendiri?

Adekah gemok itu sihat?

Jawapannye NO.. Kakak sendiri kena ubah cara mkn dan aktiviti utk turunkan berat dan kekalkan kesihatan

KURUS DENGAN MUDAH? YES!!!!!!!

70% Diet + 30% Workout = 100% Healthy

Diet! Diet bukannya tak makan.. diet ialah makan! (Makan makanan sihat, tau tak kalau kita tak makan boleh gain weight?)

Macam mana kakak makan utk pastikan berat turun and lemak hilang? Senang je sebenarnya.

Setiap meal breakfast, lunch, dinner wajib ade 4 benda ni:

  1. Sayur
  2. Protein (telur, ikan, ayam)
  3. Buah
  4. Air masak/ mineral

Sila kurangkan pengambilan 4 benda ni dlm setiap meal bekpes, lunch, dinner:

  1. Minyak/ lemak
  2. Gula
  3. Karbohidrat (nasi, mee, roti, tepung)
  4. Garam

Makan 6 kali sehari (korang xkan rasa lapar, percaya la diet itu sgt indah 😍):

  1. Bekpes
  2. Snack pagi
  3. Lunch
  4. Snack ptg
  5. Dinner
  6. Snack mlm

Snack tu ialah kunyah sayur dan buah ya, bukan keropok cheese ring 😝

Workout! Banyak cara kita boleh workout utk kasi badan firm. Gym, jogging, swimming, badminton, cardio, fast walk.

Macam mane kakak mule exercise dulu2? Kenal Youtube? (Time ni belum layan gym lagi) Kakak bukak youtube search “30 minutes cardio workout”, kemudian download simpan dlm laptop.

Masuk dlm bilik.. tutup aircond, kipas, tingkap, pintu.. on video youtube tadi.. ikut tonggang tonggeng sampai lecun selama 30minit.

So bermula dgn diet kat atas and workout youtube tu.. kakak berjaya turunkan berpuluh puluh kilo.

Pesanan dari kakak:

Sebelum korang start diet n workout kat atas. Pastikan snap pic time tgh bulat byk2 n simpan.. sbb bile korang dah berjaya kurus.

Time tu la korang akan menggelupur rinduuuu sgt sgt sgt nak tgk muke bulat bulat korang (itu yg terjadi kat akak skrg.. rindu nak tgk muke bulat dulu dulu)

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Sumber: YoyNetwork

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *