Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Balai Tunku Besar Tampin.

TAMPIN, 8 JAN – Yang Teramat Mulia (YTM) Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Ibni Tuanku Syed Idrus Al Qadri berkenan hadir ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Balai Tunku Besar Tampin yang telah diadakan di Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin malam tadi.

Seramai 500 jemaah yang terdiri daripada Ketua Jabatan, pelajar sekolah dan masyarakat setempat hadir ke majlis yang dianjurkan oleh pihak Balai Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan Pejabat Agama Islam Daerah Tampin ini.

Pengisian utama majlis tersebut adalah penyampaian tausiyah oleh Al-Habib Umar Bin Hamid Al-Jailani dan diterjemahkan oleh Ustaz Dr. Haji Shuhadak Mahmood.

Majlis turut diserikan lagi dengan persembahan qasidah dan selawat daripada kumpulan Qasidah dari Morocco.

Majlis ini juga diadakan bertujuan bagi memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan menyatakan kasih sayang terhadapnya.

Hadir sama, Ahli Parlimen Daerah Tampin, Yb Datuk Dr.Hassan Bahrom; Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Dato’ Seri Syed Hussain Abd Kadir, Pegawai Daerah Tampin, Puan Suhaiza Sharudin, Timbalan Pengerusi MAINS, Dato’ Dr. Abd Aziz Syeikh Kadir dan Setiausaha MAINS, Dato’ Haji Kamal Amran Kamarudin.

Berita lain sila layari : https://www.facebook.com/mainsOfficial/

#UnitMediaMAINS : Siti Shafrizan Nur / Abdul Rahman

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *