7,000 Sertai Majlis Negeri Sembilan Berselawat 2019.

KUALA PILAH, 10 JAN – Kira-kira 7,000 penduduk dari Kuala Pilah dan sekitar Negeri Sembilan hadir menyertai Majlis Negeri Sembilan Berselawat Sempena Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir bertempat di Padang Besar Seri Menanti, Kuala Pilah.

Turut berkenan hadir, DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Aishah Rohani Ibni Almarhum Tengku Besar Mahmud serta dua Putera Baginda, Yang Amat Mulia (YAM) Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz dan YAM Tunku Zain Al’ Abidin.

Keberangkatan tiba Tuanku Muhriz diiringi Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Tuan Haji Aminuddin Harun dan Isteri, Wan Hasni Wan Yusof.

Majlis diserikan dengan bacaan selawat yang dipimpin oleh Kumpulan Al- Magharibah Yang dibawa khas dari Maghribi Serta penyampaian tausiyah bertajuk “Akhlak Rasulullah S.A.W” yang disampaikan oleh Syeikh Mohaib Khouli.

Hadir sama, Yang Teramat Mulia (YTM) Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri; Undang Luak Sungei Ujong, YTM Dato’ Haji Mubarak Dohak; Undang Luak Johol, YTM Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan Dato’ Haji Mohammed Haji Abdullah beserta isteri, Yang Amat Mulia (YAM) Toh Puan Faridah Hanom Jaafar; Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Yb Sohibus Samahah Dato’ Haji Yusof Haji Ahmad; Pengerusi Majlis Agama ISlam Negeri Sembilan, Dato’ Haji Mohamed Husein; Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Dato’ Haji Kamal Amran Kamarudin dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Tuan Mohd Zaidi Ramli.

Berita lain sila layari : www.mains.gov.my

#UnitMediaMAINS : Siti Shafrizan Nur / Abdul Rahman

 

 

 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *