Majlis Pentauliahan Penolong Pendaftar Nikah Cerai Dan Rujuk Luak Rembau

REMBAU, 18 JAN – Kebawah Kaus Yang Teramat Mulia (YTM) Undang Luak Rembau, Dato’ Lela Maharaja Dato’ Haji Mohd Sharif Haji Othman berkenan menyempurnakan Majlis Pentauliahan Penolong Pendaftar Nikah Cerai Dan Rujuk Luak Rembau yang telah diadakan di Balai Sri Rama, Pejabat YTM Dato’ Undang Luak Rembau, hari ini.

Di dalam sabda ucapan YTM Undang Rembau, beliau berharap para imam dan pendaftar nikah dapat menjaga hubungan silaturrahim yang baik sesama ahli kariah, dapat mengimarahkan masjid dengan sebaiknya serta mewujudkan perpaduan, keharmonian dan bermuafakat dengan masyarakat.

Tambahnya lagi, dengan perlantikan ini para penerima pentauliah dapat menjalankan tugas yang diberikan sebagai imam dan jurunikah dengan lebih amanah dan tidak menyulitkan urusan bagi pasangan yang hendak berkahwin.

YTM Undang Rembau turut berkenan menyampaikan sijil pentauliahan kepada 12 penerima yang didahului oleh Tuan Che Musa Che Mohamad.

Hadir sama, Pegawai Agama Islam Daerah Rembau, Ustaz Fadhli Yutiman dan Ketua Penolong Pengarah Undang-Undang Keluarga Islam Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Ustazah Razidah Adam.

Berita lain sila layari : https://www.facebook.com/jheainsofficial

#UnitMediaMAINS/JHEAINS : Siti Shafrizan Nur / Abdul Rahman

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *