Kes suami isteri maut kebakaran: Polis rakam keterangan keluarga, jiran

KUALA LUMPUR: Polis sudah merakam keterangan daripada ahli keluarga dan jiran dua mangsa yang maut dalam kebakaran di sebuah rumah di Taman Desa Vista, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, pada 28 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali, berkata setakat ini masih belum ada suspek yang dikenalpasti terbabit dalam kejadian itu.

“Siasatan kita menjurus kepada mengesan pembunuh dalam kes berkenaan, setakat ini kita sudah rakam keterangan daripada keluarga dan jiran.

“Laporan bedah siasat kedua-dua mangsa sudah diperolehi, kita sedang mengikut setiap petunjuk kes berdasarkan keterangan yang sudah dirakam dan laporan bedah siasat.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

28 Januari lalu, media melaporkan dua penjawat awam maut dalam kebakaran di sebuah rumah teres setingkat di Taman Desa Vista, Sepang.

GAMBAR fail, keadaan rumah yang terbakar di Taman Desa Vista, Bandar Baru Salak Tinggi, yang mengakibatkan dua mangsa maut di tempat kejadian pada 28 Januari lalu. – Foto ihsan Bomba

Mangsa kebakaran yang berlaku pada kira-kira jam 1 tengah hari itu dikenali sebagai Wan Mohd Baharul Nizam Wan Bakar, 35, dan Norwahidah Abdul Hamid, 28, kedua-duanya penjawat awam yang bertugas di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya.

Sehari kemudian, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, dilaporkan sebagai berkata kes itu diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

Fadzil berkata, ia dibuat susulan laporan proses bedah siasat menemui kesan kecederaan akibat akibat hentakan benda keras di kepala mangsa wanita.

Sementara itu, punca kematian mangsa lelaki pula adalah disebabkan lemas akibat asap kebakaran.

Sumber : 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *