‘Malu apa bossku’ gamatkan AJL33, kata Najib “Kita geng!”

MERIAH suasana Axiata Arena di Bukit Jalil pada Ahad malam ketika berlangsungnya Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL 33), acara yang dinanti-nantikan peminat industri hiburan.

Namun lebih gamat apabila salah seorang pengacaranya, Sherry Alhadad menyebut ungkapan ‘Malu Apa Bossku’ semasa siaran langsung bersama pasangan, Alif Satar.

Ketika itu, Sherry memberi respons kepada Alif yang menari mengikut rentak lagu ‘Temberang’ nyanyian Ayda Jebat.

“Kalau betul, aduh. Kalau terlebih sikit je adoi!,” kata Alif.

“Sabar ya, sabar… sabar… sabar… malu apa bossku,” ujar Sherry sehingga menggamatkan Axiata Arena dengan sorakan dan tepukan gemuruh penonton.

“Malu apa bossku. Ini kita nak minta perhatian bossku, bossku semua,” tambah Sherry sekali gus mengundang tawa penonton di dalam dewan.

Najib memberi respons mengenai slogan ‘Malu apa bossku’ yang disebut semasa AJL 33 bersiaran langsung.

Umum mengetahui ungkapan ‘Malu apa bossku’ kini menjadi slogan yang sering digunakan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Malah, kempen slogan itu telah dilancarkan beliau baru-baru ini, sehingga menjadi ikutan dan posting ‘troll’ di media sosial.

Najib turut tersentuh dengan ungkapan yang disebut Sherry, sehingga dikongsi di halaman Facebooknya pada malam Ahad.

“Eh, tadi AJL sebut apa? Kita geng!,” katanya yang merujuk kepada ungkapan ‘Malu apa bossku’ itu.

Posting susulan Najib berhubung AJL 33.

Menerusi posting berikutnya, Najib memuat naik gambar beliau menampal pelekat slogan berkenaan di beberapa motosikal.

“Lekat cantik-cantik sticker (pelekat), AJL pun dah sebut,” katanya sambil meletakkan tanda pagar #maluapabossku.

 

Posting seorang netizen yang menggesa Kementerian Komunikasi dan Multimedia mendesak TV3 membuat permohonan maaf.

Sementara itu, seorang netizen menggesa Kementerian Komunikasi dan Multimedia mendesak TV3 selaku penganjur AJL untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kepada kerajaan dan rakyat Malaysia berhubung kenyataan ‘Malu apa bossku’ dan ‘Salam 1Malaysia’ yang disebut semasa program tersebut bersiaran langsung.

“Mohon pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia mendesak TV3 untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kepada kerajaan Malaysia Baru dan rakyat Malaysia serta membuat tapisan bagi kenyataan ‘Malu apa bossku’ dan ‘Salam 1malaysia’ yang disebut ketika siaran langsung AJL33 baru tadi untuk siaran ulangan dan arkib,” katanya menerusi posting di halaman Facebook ‘Shamsul Omar’ pada malam Ahad.

 

Sumber : 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *