Mayat Abdul Bari ditemui

KUALA TERENGGANU: Pemancing, Abdul Bari Asyraf Mohd, 31, yang lemas ketika membantu menyelamatkan lima sekeluarga dalam insiden pacuan empat roda terjunam ke muara Sungai Terengganu, kelmarin, ditemui pagi ini.

Mayat ditemui di muka kuala tanjung oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dan orang awam jam 7.23 pagi ini, kira-kira 2.5 kilometer dari lokasi mangsa dipercayai lemas.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Azlimin Mat Noor, berkata mayat mangsa ditemui terapung dan dinaikkan sebelum dibuat pengecaman oleh ahli keluarga.

“Mayat diserahkan kepada polis jam 7.50 pagi untuk tindakan lanjut,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 9.30 malam itu, Abdul Bari Asyraf yang ketika itu sedang memancing bersama rakannya, terjun ke dalam muara sungai selepas melihat kereta pacuan empat roda itu terjunam.

Selain beliau, empat lagi orang awam turut melakukan perbuatan sama bagi menyelamatkan lima beranak di dalam kereta terbabit. Empat beranak itu bagaimanapun selamat dan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk untuk rawatan.

Operasi SAR juga membabitkan orang awam malah ia menarik perhatian pemimpin kerajaan negeri hingga menganjurkan solat hajat malam tadi sebagai antara usaha pencarian Abdul Bari Asyraf.

MAYAT Abdul Bari Asyraf Mohd ditemui di muka kuala tanjung oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dan orang awam, pagi ini. – Foto ihsan bomba 72 dibaca

MAYAT Abdul Bari Asyraf Mohd ditemui di muka kuala tanjung oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dan orang awam, pagi ini. – Foto ihsan bomba

Sumber : 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *