“Selamatkan Abang Driver Gojek!” – Gara-gara Sebar Video Amoi, Pemandu Berdepan Denda RM1,500

Susulan video Abang Driver GoJek dituduh menculik pelanggannya baru-baru ini, pemandunya, Kamaruzaman Abdul Latiff berdepan denda sebanyak Dollar Singapura 500 (RM1,500).

Memetik laporan The Straits Times, LTA telah mengirim surat kepada pemandu berkenaan untuk menghadiri satu sesi temuduga pada 7 Februari berikutan aduan diterima mengenai kejadian terbabit.

Kredit foto: Twitter
 
Berikutan itu, sebuah petisyen diwujudkan bagi menyelamatkan pemandu berkenaan daripada dikenakan tindakan oleh pihak Land Transport Authority (LTA) Singapura. Namun, petisyen itu dipercayai dibuat tanpa pengetahuan Kamaruzaman.

Kredit foto: Twitter
 
Menurut petisyen itu, Kamaruzaman akan disiasat LTA dan perkhidmatannya mungkin akan dibatalkan.
 
Sementara itu, Kamaruzaman menerusi Facebook Go-Jek Singapura berkata, pihak GoJek sudah menyiasat insiden terbabit dan mereka memutuskan tidak akan mengenakan sebarang tindakan terhadap lelaki berkenaan.
 

Kredit foto: FB/Twitter
 
Bagaimanapun, LTA masih belum memerikan sebarang kata putus.
 
Mengikut undang-undang di sana, pemandu berkenaan mungkin akan ditolak 21 markah dimerit dan dikenakan denda Dollar Singapura 500 kerana merakam dan menyebarkan video pelanggan terbabit selain membatalkan lesen PDVL (Private Hire Car Driver’s Vocational License).
 
 

Kredit foto: change.org
 
Sehingga artikel ini ditulis, petisyen itu sudah ditandatangani lebih 60,000 orang.
 
 

Kredit foto: Twitter
 
Sebelum ini, seorang wanita berbangsa Cina telah menuduh seorang pemandu GoJek menculiknya hanya kerana tidak mahu membayar tol ERP sehingga berlaku pertengkaran sebelum mereka ke balai polis untuk membuat laporan. Lihat video ini dan untuk laporan selengkapnya, boleh baca di sini.
 
Apa lagi? Marilah sama-sama bantu Abang Go-Jek dengan menandatangani petisyen di sini!
Sumber –

 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *