Siti Kasim takkan didakwa atas tindakan tunjuk jari tengah

PETALING JAYA: Peguam, Siti Kasim berkata Jabatan Peguam Negara memutuskan tidak mendakwanya atas tindakan menunjukkan jari tengah dalam sebuah forum 3 tahun lalu.

Aktivis yang lantang bersuara itu sebelum ini mendakwa beliau akan didakwa di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan seseorang, esok.

Siti melalui Facebooknya hari ini berkata, seorang inspektor dari Subang Jaya merujuk kesnya kepada Jabatan Peguam Negara.

“Mereka memutuskan NFA (tiada tindakan lanjut) terhadap kes itu.

“Terima kasih IPD Subang, khasnya inspektor itu kerana membawa semula kes itu kepada Jabatan Peguam Negara sekarang untuk memeriksa kesahihan dakwaan berniat jahat ini.

“Saya bersyukur kerana akhirnya kebijaksaan menang.”

Pada September 2016, Siti yang lantang menentang usaha memperkasakan undang-undang syariah di negara ini, diganggu peserta sebuah forum membincangkan rancangan PAS memperkenalkan hukuman lebih berat kepada pesalah syariah.

Beliau kemudiannya disiasat polis, selepas satu laporan dibuat terhadapnya kerana menunjukkan jari tengah kepada kumpulan hadirin itu.

Siti dilaporkan berkata, pengkritiknya cuba mendakwa beliau menghina Islam.

“Tetapi, semua orang boleh tonton video itu. Saya tidak mengatakan apa-apa mengenai Islam. Mereka mengganggu saya, jadi ia respons automatik. Tidak ada gunanya mengherdik mereka. Saya tunjuk jari tengah kerana saya memandang hina kelakuan mereka.

“Jika benar mereka mahu perkenalkan syariah, nyatakan secara khusus hukuman yang mereka mahukan,” katanya dipetik akhbar The Australian.

Sumber : 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *