Join Tanpa Rela? WhatsApp Kini Membolehkan Anda ‘Reject Group Invitation’

“Eh Group apa ni? Bila pula aku join?”

Pernah mengalami situasi begini? Secara tiba-tiba saja anda dibawa masuk ke dalam kumpulan WhatsApp yang anda sendiri tidak pasti tujuan dan fungsi utamanya.

via GIPHY

Lebih teruk lagi jika kumpulan itu ‘dibanjiri’ dengan gambar dan video yang tiada kaitan dengan tujuan kumpulan terbabit.

Berita baik buat kita semua, WhatsApp akhirnya menyediakan fungsi untuk menolak invitation mana-mana pihak untuk menyertai kumpulan chat.

Fungsi ini telah pun dibawa masuk bagi sistem operasi iOS menerusi kemas kini yang terkinu. Apa yang anda perlu lakukan adalah pergi ke Settings > Account > Privacy > Groups in a future version of the app.

via GIPHY

Anda mempunyai tiga pilihan sama ada membenarkan semua individu, hanya dalam senarai contact atau tiada langsung individu dibenarkan.

Itu untuk iOS, bagaimanapula dengan Android? Bagi pengguna Android, fungsi ini akan dimasukkan dalam tempoh akan datang. Banyakkkan bersabar dan jika tidak tahan, left saja kumpulan chat berkenaan.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *