Pergi kursus kahwin kali kedua, Fasha Sandha kata tak salah belajar sekali lagi

Aidil Aziz dan Fasha Sandha menghadiri kursus perkahwinan pada Sabtu lalu. Foto Instagram @fashasandha & @itsadilaziz

PELAKON Fasha Sandha mengambil keputusan untuk mengikuti kursus perkahwinan buat kali kedua bersama tunangnya aktor Aidil Aziz walaupun dia sebenarnya tidak perlu berbuat demikian.

Fasha, 35, berkata, tidak menjadi kesalahan untuk menimba ilmu tentang alam rumah tangga kerana ia mampu mengingatkannya tentang perkara dalam perkahwinan termasuk peranannya sebagai seorang isteri.

“Siapa yang pernah pergi kursus dua kali? Sepatutnya tak payahkan.

Takpelah… Takutlah lupa macam mana nak jadi isteri balik. Belajar sekali lagi. Ya Allah permudahkanlah, amin,” katanya di Instagram.

Fasha turut memuat naik gambar bersama Aidil, 32, di laman sosialnya selepas selesai mengikuti kursus berkenaan.

Pasangan ini dijangka disatukan sebagai suami-isteri pada penghujung Mac ini.

Pasangan itu terdahulu mengikat tali pertunangan pada November tahun lalu dan mereka dijangka disatukan sebagai suami-isteri pada akhir Mac ini di Perlis.

Dalam pada itu, perkongsian itu membuatkan pengikutnya teruja kerana ia petanda majlis perkahwinan pasangan itu sudah hampir.

Ramai mendoakan agar semua urusan Fasha dan Aidil menjelang hari perkahwinan mereka dipermudahkan dan kekal sehingga ke akhir hayat.

Fasha sebelum ini pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 namun mereka bercerai selepas empat tahun hidup bersama.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Putra Rayfal Ramli, 5 dan Putri Raysha Jemaima, 4 tahun.

Sumber : 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *