“Jangan ulas macam awak tahu semua benda” – Giliran Abby Abadi ‘sekolahkan’ Caprice

PELAKON Abby Abadi kesal apabila kenyataannya berhubung layanan berbeza mengenai isu etika dan garis panduan pemakaian yang dikenakan terhadap anggota kumpulan Blackpink disalahertikan banyak pihak.

Malah Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, 42, berkata utama yang dibangkitkannya lebih tersasar apabila penyanyi rap Caprice turut mengulas tanpa memahami hal yang sebenar.

“Saya nak beritahu isu tentang (kenyataan) saya yang awak ulas sampai buat video ni lari daripada apa yang saya cuba sampaikan, baca dulu kapsyen saya dan fahamkan betul-betul.

“Saya highlight tentang double standard dan ketidaksamaan garis panduan untuk artis luar negara yang membuat konsert di Malaysia. Artis lain dikenakan syarat begitu dan begini namun tiba-tiba Blackpink buat konsert atas stage macam separuh bogel boleh pula?,” tulis Abby di Instagram.

Selain itu pelakon drama Gerak Khas tersebut turut mempersoalkan tindakan Caprice mengaitkan cara penampilannya ketika bersama kumpulan Elite.

Justeru Abby menasihatkan penyanyi lagu Xde Hal Bro itu lebih berhati-hati dalam mengulas sesuatu isu yang tidak difahaminya.

“Kenapa zaman saya menganggotai kumpulan Elite juga yang awak sembangkan?

“Sudah hebat cara dakwahnya tetapi jangan rajin sangat ulas semua isu macam awak seorang sahaja yang tahu semua benda,” jelas Abby.

Sumber : 

VIDEO

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *