Cadangan larang murid tak vaksin bersekolah keterlaluan

SHAH ALAM – Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru) bersetuju bahawa semua warganegara berhak mendapat akses pendidikan, sama ada di vaksin atau tidak.

Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru), Mohd Azizee Hasan cadangan seumpama itu bukan hanya membabitkan isu vaksin semata-mata, sebaliknya perlu mengambil kira hak pendidikan yang sepatutnya boleh dinikmati semua pihak tanpa diskriminasi.

“iGuru berpendapat ada dua isu yang berbeza di sini, iaitu hak pendidikan untuk semua rakyat dan isu vaksin.

“Bagi pihak iGuru, larangan seumpama itu agak keterlaluan dan bertentangan dengan hak pendidikan kepada semua warganegara Malaysia,” katanya.

Beliau menggesa supaya pihak Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Kesihatan (KKM) mengadakan perbincangan bersama bagi mengatasi isu ini, selain meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan suntikan vaksin.

Katanya lagi, mengambil vaksin adalah satu usaha memelihara nyawa individu dari segala kemudaratan terutama kepada diri dan orang lain.

Sebelum ini, Persatuan Doktor Islam Malaysia (Perdim) menggesa agar suntikan vaksin imunisasi diwajibkan sebelum kanak-kanak memasuki alam persekolahan kerana ia telah membabitkan kematian dan boleh menjadi epidemik jika tidak ditangani dengan baik.

Sumber : sinar

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *