Tertuduh kanak-kanak mengadu didera fizikal, seksual

SHAH ALAM – Tertuduh ketiga dalam kes pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd, yang ditahan di Asrama Sentul Sentosa mengadu didera secara fizikal dan seksual.

Perkara itu didedahkan oleh Peguam, Hisham Teh Pok Teik pada prosiding sebutan kali pertama di Mahkamah Tinggi hari ini..

Justeru Hisham memohon mahkamah mengeluarkan arahan agar anak guamnya diletakkan bersama OKT kedua berusia 13 tahun yang ditahan di Sekolah Koreksional Puncak Alam.

Sementara itu, Peguam Salim Bashir memohon mahkamah mengeluarkan arahan secara terus kepada pihak pendakwaraya dan warden demi keselamatan tertuduh tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Bunuh CEO Cradle Fun: Saya tak buat – Samirah

Hakim, Datuk Ab Karim Ab Rahman bagaimanapun memerintah peguam membuat permohonan rasmi.

“Saya tidak dapat membuat keputusan berdasarkan aduan semata-mata,” katanya.

Terdahulu, suasana di dalam mahkamah bertukar hiba apabila tertuduh pertama, Samirah Muzzafar menangis memeluk kedua-dua tertuduh itu.

Ahli keluarga terdekat termasuk bapanya, Dr Chandra Muzaffar Shah yang juga turut hadir, masing-masing menangis sebaik kesemua tertuduh dibawa masuk ke dalam galeri awam.
Sumber : Sinar

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *