Penyokong lawan beri tepukan lihat Messi meledak hatrik

LEDAKAN hatrik Lionel Messi turut membuatkan peminat Real Betis memberikan tepukan gemuruh kepadanya dalam perlawanan yang berlangsung pada Ahad.

Ia menjadikan sebelah tangan kelab gergasi Sepanyol itu sudah hampir merangkul trofi La Liga.

Penyokong Betis meninggalkan Benito Villamarin sambil berdiri dan memberikan tepukan.

“Saya tidak ingat pasukan lawan meraikan saya ketika menyumbat gol, saya rasa sangat bersyukur,” kata Messi.

Jaringan Messi itu membawa Barca 10 mata di depan Atletico Madrid dengan baki 10 perlawanan.

Jurang mata itu amat besar untuk dikejar.

“Kami mempunyai peluang yang besar untuk meningkatkan jurang mata.

“Kami perlu melakukannya pada malam ini,” kata Messi.

Pada perlawanan itu, Luis Suarez juga menyumbat satu gol menjadikan Barcelona menang selesa 4-1.

Messi kini memiliki 29 gol liga pada La Liga musim ini dan 39 jaringan dalam semua perlawanan. – Sports NDTV

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *