Bekas pelajar SMK Undang Jelebu derita kanser tulang, perlu RM70,000 tampung kos rawatan

JELEBU – Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Undang Jelebu, Mohd Shafuan Nor Azahar,20, memerlukan bantuan sebanyak RM70,000 untuk tampung kos perubatan.

Menurut Laman Facebook SMK Undang Jelebu (Official), Mohd Shafuan adalah bekas pelajar SMK Undang Jelebu, batch SPM 2016.

Beliau seorang pelajar yang baik, ringan tulang, suka membantu guru, aktif, bersahsiah tinggi dan sentiasa mendapat pujian para guru.

Antara pencapaian, jasa dan sumbangan Mohd Shafuan sepanjang berada di SMK Undang Jelebu adalah seperti berikut:

1) Kadet Koreksional

– Johan Kebudayaan sempena Perkhemahan Kadet Koreksional peringkat Kebangsaan pada 2015

– Menyertai Perkhemahan Kadet Koreksional peringkat Negeri dan Kebangsaan pada 2012, 2013, 2014 dan 2015 (sejak tingkatan satu)

2) Bola Sepak

– Mewakili Jelebu ke peringkat negeri

3) Sepak Takraw

– Mewakili sekolah ke peringkat daerah

4) Bicara berirama

– Mewakili sekolah ke peringkat daerah pada tahun 2013

5) Pengawas sekolah

Kini, beliau sedang terlantar sakit. Beliau dipercayai menghidap KANSER TULANG dan sedang menerima rawatan.

Beliau terpaksa disuntik dengan MORFIN setiap 4 jam sekali untuk mengurangkan kesakitan yang dialaminya.

Kos rawatan dianggar mencecah sehingga RM70 RIBU.

Untuk pengetahuan semua, ibunya juga sedang sakit Stroke.

Selain berdoa, turut dialu-alukan sumbangan berbentuk KEWANGAN.

Sumbangan boleh disalurkan kepada akaun milik ayahnya, iaitu:

Nama: Nor Azhar bin Hussin

No. Tel: 0196100773

Akaun: Maybank

No. Akaun: 155069204567

Moga Allah memberikan kesembuhan kepadanya dan mengampunkan dosanya sebagai ganti atas segala kesakitan yang ditanggungnya. Amin.

Sumber : gpsbestari.com

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *