“Tak payah cakap dosa, pahala” – Promo umrah Lan Pet Pet diserang netizen

Netizen terlebih dahulu menjalankan ‘kerja’ dengan mengecam pelawak Lan Pet Pet walaupun tiada sebarang maklumat sahih untuk mengaitkannya dengan insiden memukul pengawal keselamatan.

SEJAK Ahad kecoh mengenai insiden pelawak terkenal disiasat polis selepas disyaki memukul seorang pengawal keselamatan.Bukan sekali, tapi pengawal warga emas itu ditumbuk sebanyak tiga kali di bahagian muka selain ditendang di bahagian pinggang serta turut dibaling dengan batu oleh artis terbabit.

Hingga kini difahamkan artis berkenaan belum lagi ditahan.

Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) daripada pondok pengawal dan rakaman amatur orang awam mengenai insiden ganas itu disebarkan di media sosial.

Seperti biasa, netizen mula membuat pelbagai telahan mengenai identiti suspek berusia 49 tahun yang memandu kereta Proton Perdana berwarna hitam dalam kejadian di taman perumahan Acacia Park Desa Jati, Nilai pada Sabtu itu.

Sementara itu semakan di Instagram pelawak Lan Pet Pet atau Mazlan Ahmad mendapati netizen mula menghujani posting terakhirnya mengenai promosi mengerjakan umrah.

Lebih 2,000 komen ditinggalkan netizen yang kebanyakannya mengaitkan dia dengan insiden berkenaan.

Ia juga dilihat sebagai sesuatu yang luar biasa kerana tinjauan mendapati pada kebiasaannya dia hanya menerima ratusan komen bagi setiap posting.

“Semoga Allah ampunkan dosa. Kami orang Kedah kecewa. Bahasa kasar, kami boleh terima… tapi buat orang tua macam tu kami tak boleh bang. Tak payah pergi jauh kalau mak ayah kita orang buat macam tu, tak marah?” tulis @cik_adinda9.

“Malu orang Kedah hang ni Lan. Dulu hang gaduh dengan penguatkuasa MPSJ. La ni hang tibai pak guard pula, kaki samseng la hang ni,” kata @aizatsharif di Instagram.

“Tidak payah cakap dosa, pahala. Orang tua 70 tahun kau pukul. Kau tunggu keluarga pakcik tu cari kau,” demikian luahan @endra_sahri.

Kenyataan yang mengaitkan isu dosa dan pahala itu dipercayai merujuk kepada kapsyen pada posting Lan mengenai sebab mengapa orang ramai perlu mengerjakan umrah yang antaranya bertujuan untuk bertaubat dengan dosa lalu.

Bagaimanapun usaha mStar Online menghubungi Lan sendiri bagi mendapatkan komen mengenai tindakan netizen mengaitkannya dengan insiden itu bagaimanapun tidak berjaya.

Untuk rekod, pada 2016 Lan dilaporkan menyesali dengan tindakannya mengamuk dan memarahi anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) kerana menjalankan tugas.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyebabkan kecederaan dengan sengaja dan Seksyen 427 kanun yang sama atas kesalahan melakukan khianat dengan merosakkan harta benda awam.

 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *