Ugut RM2,900 Jika Mahu Gambar Mendiang Bayi Semula, Wanita Malaysia Tidak Dibenar Ikat Jamin

Seorang wanita Malaysia yang dikenali sebagai, Siti Nurhidayah Kamal dituduh memeras ugut sepasang suami isteri, Jay dan Dee Windross yang kematian bayi mereka untuk sejumlah wang sebanyak A$1,000 (RM2,900).

Siti Nurhidayah telah menghubungi pasangan itu dan meminta bayaran A$1,000 jika mahu telefon bimbit milik pasangan itu yang mengandungi banyak gambar bayi mereka dikembalikan.

Menurut laporan Daily Mail, anak pasangan itu, Amiyah Windross, 11 bulan telah meninggal dunia minggu lalu kerana menghidap masalah saraf sejak lahir.

Siti Nurhidayah menghubungi Jay dan Dee Windross pada Selasa melalui aplikasi WhatsAppselepas pasangan itu merayu di media sosial agar telefon bimbit Samsung Galaxy S8 yang hilang itu dikembalikan.

“Ini sangat menjijikkan. Kenapa tergamak berbuat demikian sedangkan dia tahu keadaan kami. Sanggup dia melakukan perkara yang memalukan seperti itu.

“Pendapatan mereka lebih dari kami. Sedangkan kami terpaksa bayar bil hospital, tempat letak kereta, bil gadai janji, dan dia berada di sana menangis kerana tidak mendapat wang secukupnya,”- Jay.

Peguam Siti Nurhidayah, Royce Dekker, memberitahu anak guamannya mengaku bersalah di atas pertuduhan itu tidak dibenarkan diikat jamin oleh Mahkamah Ringwood kerana bimbang tertuduh akan keluar dari Australia.

Menurut laporan, Siti Nurhidayah dan suaminya telah tinggal di Australia sejak empat bulan lalu dan bekerja sebagai penghantar Uber Eat dengan pendapatan A$120 (RM496) sehari, manakala dua anak mereka ditinggalkan di Malaysia.

Gambar suami Siti Nurhidayah Kamal

Suami isteri itu percaya, telefon itu dicuri selepas tertinggal di tandas pusat beli-belah, jam 5:30 petang Sabtu minggu lalu dan telefon bimbit itu masih belum ditemui. Jay sekali lagi merayu individu yang mengambil telefon tersebut memulangkan kepadanya dan dia tak tidak akan mengambil tindakan undang-undang.

Menurut sumber netizen di Malaysia, rupa-rupanya Siti Nurhidayah ni memang terkenal di Malaysia dengan perkhidmatan menjual tiket kapal terbang yang murah. Apabila menerima bayaran untuk tiket kapal terbang itu, pelanggan tidak akan menerima sebarang tiket terbang daripadanya.

Sumber : Teh Panas

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *