Pertembungan ‘team 20 rakaat dan 8 rakaat’… Ramai puji langkah bijak Masjid Wilayah Persekutuan!

SETIAP kali tibanya bulan Ramadan, kawasan masjid akan bertukar meriah pada setiap malam apabila jemaah berkumpul untuk menunaikan solat sunat Tarawih.

Bagaimanapun, ruang tempat letak kereta yang terhad dalam perkarangan sesetengah masjid menyebabkan ramai terpaksa meletakkan kenderaan secara ‘double park’ yang akan menyusahkan jemaah lain.

Tetapi berlainan pula dengan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; walaupun mempunyai ruang parkir yang luas namun pihak pengurusan tampil dengan idea bijak bagi mengurangkan kesesakan dan masalah double park dalam kalangan jemaah.

Perkongsian Ikar atau Zulfikar Hazri di Twitternya mendapat perhatian netizen.

Pihak pengurusan masjid tersebut membahagikan dua kategori letak kereta iaitu Team 20 Rakaat dan Team 8 Rakaat dan jemaah boleh meletakkan kenderaan mereka mengikut jumlah rakaat solat yang akan dilakukan.

Pembahagian itu mendapat pujian masyarakat yang berpendapat pengasingan mengikut rakaat itu sangat bijak dalam memastikan kelancaran trafik.

“Bayangkan kalau jemaah yang hanya buat Terawih lapan rakaat tetapi kereta mereka dihalang oleh orang lain yang masih belum selesai?

“Pengasingan ini sebenarnya tindakan bijak dalam mengawal kesesakan selain mengelakkan masalah di antara jemaah.

Antara komen netizen di Twitter.

“Sekurang-kurangnya yang Team 20 Rakaat itu tak adalah menghalang kenderaan Team 8 Rakaat. Bijak!,” demikian antara beberapa komen ditinggalkan netizen di Twitter.

Terdahulu, seorang pengguna laman sosial itu, Zulfikar Hazri memuat naik gambar papan tanda arah letak kereta yang diasingkan di masjid itu sekali gus mendapat perhatian netizen.

Rata-rata memuji tindakan pihak pengurusan Masjid Wilayah Persekutuan malah berharap kaedah sama digunakan di masjid-masjid lain bagi kemudahan jemaah.

Sehingga kini, tweet itu telah pun mendapat 12,000 tanda suka dan 22,000 ulang kicau.

Sumber : mstar

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *