Berita Semasa

Waran tangkap untuk Muhammad Qayyum

MAHKAMAH Majistret Petaling Jaya mengeluarkan waran tangkap terhadap seorang tertuduh, Muhammad Qayyum Mohd Faisal kerana gagal hadir pada prosiding sebutan semula kes merusuh dengan menggunakan senjata berbahaya di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, November tahun lalu. Waran

Tanam mayat bayi tepi sawah, pasangan kekasih mengaku salah

AYER KEROH: Sepasang kekasih mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini selepas didakwa menyembunyikan kelahiran dengan menanam mayat bayinya di tepi sawah di Bukit Rambai, Melaka minggu lalu. Pasangan itu Nur Aryssa Khairul Nizam, 21, dan Muhammad Siddiq Amran, 20, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan terhadap mereka dibacakan jurubahasa di hadapan

Kenaikan tarif air didik pengguna jimat air

KUALA LUMPUR – Langkah kerajaan untuk menaikkan tarif air mulai tahun ini dilihat akan membolehkan operator air mampu meningkatkan prestasi pengurusan dan penyelenggaraan, sekali gus menampung pembekalan air terawat berkualiti kepada pengguna. Presiden Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (WECAM) T. Saravanan berkata ia adalah wajar, walaupun langkah itu

RON95 dan RON97 naik 6 sen

KUALA LUMPUR: Harga petrol RON95 naik 6 sen kepada RM1.98 seliter bagi tempoh seminggu berkuatkuasa 12 malam Jumaat. Sementara RON97 turut naik 6 sen kepada RM2.28 seliter manakala diesel naik 12 sen kepada RM2.17 seliter. Menurut Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan, kenaikan ini adalah berikutan harga produk petroleum yang diproses di pasaran dunia yang telah […]

Peniaga ‘bundle’ temui wang tunai 550,000 yen

TUMPAT: Seorang peniaga menemui wang tunai 550,000 yen (RM20,755.84) dalam pakaian terpakai ketika membuka guni ‘bundle’ di kedainya di Kampung Tualang Salak, Jelawat, Bachok, kelmarin. Penjual berkenaan, Wan Mohamad Adam Wan Mohamed, 29, berkata dia membeli dua guni bundle di sebuah gudang di Wakaf Bharu pada Sabtu lalu dengan harga masing-masing RM50 dan membawanya

Kami nak buat ‘ong’, bukan salib – pemaju

Bangunan Grace Residence di Jelutong, Pulau Pinang sepatutnya sepatutnya menunjukkan abjad Cina (王) bermaksud wang (raja) atau ong (nasib baik), kata pemaju. Jurucakap Nova Mulia Development Sdn Bhd menjelaskan oleh kerana gambar diambil ketika bangunan itu masih belum siap sepenuhnya, ia kebetulan kelihatan seperti salib, lapor The Malaysian Insight. “Mungkin bila gambar

Pegawai ILP tendang motosikal: JTM ambil tindakan wajar

Jabatan Tenaga Manusia (JTM) akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas seorang pegawai yang terlibat dalam insiden menendang motosikal pelajar di Institut Latihan Perindutrian (ILP) Kota Bharu, kelmarin. Dalam kenyataan media, JTM melahirkan rasa kesal dan memandang serius berhubung video membabitkan seorang pegawai yang tular di media sosial itu. “Jabatan sedang

Calon Acu Pisau Ke Pegawai JPJ Kerana Gagal Ujian Memandu..

Ujian JPJ adalah salah satu ujian yang paling digeruni manusia selepas ujian berjumpa dengan bakal bapa mentua. Mana tidaknya, dengan pegawai JPJ yang garang dan tegas (tidak semua), mereka yang berbadan sasa pun boleh terkucil. Lain pula kes yang berlaku ni Negeri Sembilan ini, calon ujian memandu kereta ini mengacukan pisau ke arah pegawai JPJ […]

‘Toyol masjid’ dicekup

MISTERI kehilangan duit tabung di Masjid Durian Burung dan Kuala Bekah, di Kuala Terengganu, terjawab selepas tertangkapnya lelaki di rumah di Kampung Batu Hampar, Manir, Kuala Terangganu. ’Toyol masjid’ berusia 34 tahun terbabit ditahan sepasukan anggota cegah jenayah Balai Polis (BP) Chabang Tiga dan BP Manir, di sini, yang membuat serbuan di rumah suspek di […]

[VIDEO] Berang kerana ditegur, juruwang wanita jadi mangsa

GEORGETOWN: Berang kerana tidak dapat membeli tiga paket minyak masak, seorang lelaki menampar dan mengugut juruwang wanita di sebuah kedai serbaneka di Bayan Lepas, hari ini. Dalam kejadian jam 8.40 pagi itu, mangsa yang berusia 29 tahun pada mulanya didatangi seorang pelanggan lelaki yang mahu membeli tiga paket minyak masak. Ketua Polis Daerah Barat Daya, […]