Isu Politik Semasa

Negara Malaysia sekarang berdepan dengan kemelut politik yang tidak berkesudahan. Isu isu politik semasa dalam negara setiap hari menjadi berita berita utama di media masa.

Berita politik adalah lumrah bagi mana mana negara sekalipun untuk dilaporkan setiap hari. Ia adalah berita yang menjadi tumpuan rakyat untuk diikuti setiap masa. Ini adalah kerana disebabkan politik sesuah kerajaan itu terbina dan juga sesebuah kerajaan itu boleh bergolak sehingga jatuh.

Kita lihat bagaimana negara kita pada minggu ini mendapat Perdana Menteri yang baru. Dalam penggal ini sahaja rakyat Malaysia sudah 3 kali bertukar perdana menteri. Pertukaran perdanan menteri ini adalah kerana kerajaan sebelum ini telah hilang sokongan untuk mendapatkan majoriti bagi menjadi sebuah kerajaan.

Isu Politik Semasa

Namun kita bersyukur negara Malaysia apabila bertukar kerajaan tidak ada berlaku apa apa berlaku seperti rusuhan jalanan, tunjuk perasan, merosakkan harta benda awam. Walaupun pernah berlaku seketika dahulu namun sekarang rakyat semakin bijak dan cerdik untuk tidak melakukan perkara perkara seperti itu.

Walaupun kita tidak boleh menafikan juga ada segelintir kecil yang mencetuskan tidak puas hati mereka dengan sekelompok kecil turun di jalanan untuk mengadakan protes secara aman.

Namun ruang demokrasi yang ada di dalam perlembagaan kepada rakyat janganlah disalahgunakan untuk tujuan yang tidak baik seperti menghasut dan juga melakukan fitnah fitnah yang boleh mendatangkan keburukan kepada negara.

Zaman mungkin dah berubah selari dengan penggunaan meluas media sosial. Kita lihat perkembangan di negara Malaysia rata rata rakyat meluahkan rasa hati mereka di ruangan media social seperti di facebook, twiter dan sebagainya.

Rakyat rata rata menggunakan ruangan komen untuk meluahkan pendapat dan padangan mereka terhadap sesuatu isu yang diberitakan. Rakyat Malaysia pada masa sekarang ini nampak semakin peka dengan keadaan isu politik semasa. Perkembangan ini adalah sangat baik supaya pemimpin di atas akan lebih berhati hati untuk membuat apa apa keputusan tindakan yang melibatkan kepentingan rakyat.

Pemimpin politik di Malaysia harus bersyukur kerana rakyat di Malaysia ini sangat baik tak macam negara lain. Kita ambil contoh di sesetengah negara lain kalau kerajaan mereka mengumumkan kenaikan harga minyak contohnya, siaplah untuk terima tunjuk perasaan daripada rakyat mereka sehingga beberapa hari malahan habis kereta dan bangunan di rosakkan.

Malahan pernah juga kita lihat di berita ada rakyat mereka beramai ramai membuang pemimpin mereka ke dalam tong sampah.

Bersyukurlah banyak banyak wahai pemimpin di Malaysia sebab majority rakyat di Malaysia ini adalah manusia yang jenis penyabar.

Kali ini kita lihat bagaimana perdana menteri yang baru ini akan mentadbir Malaysia, semoga Malaysia akan ditadbir dengan lebih baik daripada sebelumnya.

Kita juga sedang menunggu lantikan senarai menteri menteri yang akan menggalas tanggungjawab di setiap kementerian.

Kita berharap senarai menteri cabinet yang baru ini akan lebih berwibawa untuk bekerja untuk rakyat.

Kita tunggu dan lihat.

Isu politik semasa negara memang tak pernah akan habis selagi mana ada kerajaan dan selagi mana ada rakyat.