Keputusan Kes Najib Razak Terkini

Keputusan kes Najib Razak terkini bahawa mahkamah telah menetapkan hukuman bersalah di atas pertuduhan berkaitan dengan kes SRC Internaational Sdn Bhd.

Dato Seri Najib Razak dikenakan hukuman 12 tahun penjara dan denda RM 210 juta ringgit.

Namun di sebalik keputusan terkini Mahkamah Rayuan, tiga panel hakim mahkamah itu masih membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib Razak sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Keputusan Kes Najib Razak Terkini

Sewaktu membacakan keputusan penghakiman, Abdul Karim, bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, sebulat suara mendapati Mohd Nazlan membuat keputusan yang betul dan tidak terkhilaf apabila mensabitkan Najib terhadap tuduhan itu.

Abdul Karim menambah, tiada sebab untuk pihaknya bercanggah dengan Mohd Nazlan dengan beliau turut menjelaskan dakwaan bahawa wang itu adalah derma dari Arab tidak boleh dipertahankan.

Najib Razak masih berpeluang untuk membuat rayuan bagi kes ini di Mahkamah Persekutuan.

Mahkamah telah membuat keputusan dan rakyat diminta untuk menghormati keputusan hakim terutama sekali pada penyokong Najib Razak.

Najib Razak dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang pada 24 Julai 1953. Beliau merupakan Perdana Menteri Malaysia yang keenam. Najib terlibat dalam politik Malaysia sejak muda lagi. Beliau berkhidmat sebagai ahli Parlimen mewakili Pekan dari 1978 hingga 1982. Semasa masih pelajar di Oxford, beliau menjadi Presiden Persatuan Bahasa Melayu. Pada usia 29 tahun, beliau menjadi Timbalan Menteri termuda dalam sejarah Malaysia.

Beliau adalah ahli politik yang aktif dan ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Najib pertama kali dipilih ke Parlimen pada 1976 dan berkhidmat sebagai Menteri Penerangan dari 1984 hingga 1986. Beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1993 dan mengambil alih jawatan Perdana Menteri apabila pendahulunya, Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan selepas berkuasa selama 10 tahun.

Bagaimana dengan karier politik Bossku pada masa hadapan? Ini akan ditentukan oleh beliau sendiri bergantung kepada keputusan ke atas rayuan yang akan di buat seterusnya.

Hanya masa yang akan menentukan keadaan seterusnya.

Sumber