Penternakan Kambing

Ketahui… Bagaimana Cara Memulakan Penternakan Kambing Yang Betul Dengan Kos Yang Rendah! Tanpa Perlu Membuat Sebarang Pinjaman!.

Assalamualaikum & salam sejahtera… Seringkali… kita terbaca tentang kisah-kisah kejayaan petani dan juga penternak yang mampu menjana pendapatan beribu-ribu ringgit sebulan hasil daripada tanaman dan juga ternakan yang mereka usahakan….

Penternakan Kambing

Banyak kisah-kisah kejayaan usahawan-usahawan tani ini dipaparkan, sama ada di akhbar mahupun TV. Kisah-kisah ini amat mengujakan kepada saya, kerana saya amat meminati bidang pertanian dan penternakan. Sememangnya, sudah lama saya menyimpan hasrat untuk menceburkan diri di dalam bidang pertanian dan juga penternakan ini. Tetapi, disebabkan saya bekerja makan gaji.. maka niat tersebut terpaksa dipendamkan.

Hasrat Terbantut….!

Ditambah lagi dengan kekurangan sumber maklumat tentang bagaimana hendak memulakan serta menceburkan diri di dalam projek pertanian & penternakan ini. Menyebabkan, hasrat saya untuk bergelar seorang usahawan tani yang berjaya terbenam.

Sehinggalah pada suatu hari, sewaktu saya pulang ke kampung di Melaka, saya telah terserempak dengan seorang pakcik yang menetap di kampung saya. Saya gelarkan dia pakcik H, sejak dulu lagi, saya memang tahu pakcik H ini ada menternak kambing.. tapi pada waktu itu, saya tidak ambil peduli sangat.. maklumlah.. orang kampung bela kambing… biasalah kan?

Dulu, pakcik H ini membela 5 ekor kambing.. tapi, setelah 7 tahun berlalu, bilangan kambingnya telah mencecah 1,000 ekor. Pergh!! Saya memang betul-betul tidak sangka.. pakcik H yang dulu saya pandang hanyalah seorang “pakcik kampung yang biasa-biasa”.. kini telah bertukar menjadi seorang penternak kambing yang sangat berjaya!.

Perkara ini telah membuka minda dan fikiran saya untuk melihat bidang bisnes kambing ini dengan lebih luas & positif. Saya mula mendekati pakcik H dan mula mempelajari serba sedikit mengenai selok belok cara bela kambing. Alhamdulilah.. pakcik H tidak kedekut ilmu dan sudi berkongsi pengalaman beliau di dalam usaha menternak kambing.

Saya sangat gembira dan bersyukur mengenali beliau, banyak perkara saya belajar dari beliau dan kini, saya menganggap beliau sebagai salah seorang mentor saya di dalam bidang ini.

Selepas beberapa pertemuan dengan pakcik H, saya mula mempertimbangkan dengan serius tentang hasrat saya yang ingin menjadi seorang usahawan agro yang berjaya sejak dulu lagi. Untuk itu, saya mula mengiatkan usaha saya mencari lebih banyak info serta ilmu tentang perniagaan kambing ini dengan membaca buku , menyertai kursus dan seminar anjuran badan-badan kerajaan dan juga swasta.

Memulakan Langkah….!

Setelah beberapa bulan mentelaah ilmu dalam bidang ini, saya pun memulakan langkah pertama saya di dalam bidang ini dengan bermodalkan RM7,000 hasil daripada wang simpanan saya. Dengan modal tersebut, saya mula membina kandang kambing dan juga membeli 5 ekor kambing betina dan seekor kambing jantan jamnapari..

Alhamdulilah… berbekalkan ilmu yang saya perolehi dari buku, seminar serta tunjuk ajar dari pakcik H. Saya tidak banyak menghadapi masalah di dalam mengusahakan projek ini. Dalam masa 4 bulan.. dari 6 ekor kambing, ternakan saya telah bertambah menjadi 10 ekor. Selepas hampir setahun mengusahakannya, bilangan ternakan saya sudah mencapai jumlah 20 ekor.

Jika hendak diukurkan tahap kejayaan saya.. sememangnya.. perjalanan saya masih jauh. Tapi saya sangat optimis dan percaya , berbekalkan usaha yang gigih serta ilmu yang betul.. kita pasti akan BERJAYA!

Melihatkan hasil ternakan kambing saya… membuatkan saya terfikir. Sudah pastinya, ada ramai lagi insan diluar sana yang mengalami nasib yang hampir sama dengan saya. Mereka minat untuk menceburkan diri di dalam bidang ini… tetapi malang , tidak mempunyai mentor serta tidak mempunyai sumber maklumat yang mencukupi menyebabkan , niat mereka untuk memulakann penternakan kambing terbantut. Mungkin anda adalah salah seorang daripada mereka?

Untuk itu, saya telah mengambil inisiatif, dengan berusaha, mengumpulkan semula maklumat-maklumat yang pernah saya perolehi dulu dan menghimpunkannya, dan akhirnya, jadilah ia sebuah panduan yang lengkap tentang.. “Bagaimana memulakan penternakan kambing?”.

Semua maklumat yang saya perolehi dari buku-buku, artikel-artikel, seminar-seminar dan juga serba sedikit dari pengalaman sendiri dan juga pengalaman-pengalaman daripada penternak lain.. kesemuanya telah saya himpunkan dan susunkan ia hingga menjadi sebuah ebook panduan yang lengkap yang saya namakan…

“RAHSIA KAMBING”
Panduan Lengkap Memulakan Penternakan Kambing.

panduan penternakan kambing

Makluman : Ini adalah merupakan sebuah eBOOK (electronic book), ianya adalah di dalam bentuk softcopy dan di dalam format PDF. Apabila anda membeli eBOOK ini, ia akan dihantar ke email anda dan anda perlu download ia ke komputer atau smartphone anda. TIADA buku fizikal yang akan dihantar atau di POS ke alamat rumah anda.
Banyak info, ilmu, rahsia serta pengalaman sebenarn yang telah saya masukkan di dalam ebook ! Antara perkara yang saya kongsikan di dalam ebook ini adalah seperti :-

Harga dan Nilai Sebuah Pengajaran!.

Ebook ini bukan sahaja mengandungi maklumat-maklumat berkaitan cara ternak kambing, tetapi ia juga mengandungi pengalaman-pengalaman berharga daripada penternak-penternak kambing yang lain yang sudah Berjaya.

Oleh itu, sudah semestinya, info dan maklumat di dalam ebook ini amat bernilai.. untuk itu berapakah harga yang anda rasa.. patut saya letakkan pada ebook ini?

Pernah dulu, seorang pemuda yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan kambing, telah mengambil langkah terburu-buru dengan membina sebuah kandang kambing yang sangat cantik dan lengkap. Kos pembinaan kandang tersebut, mencecah RM6,000. Setelah sebulan kandang tersebut siap dibina… pemuda tersebut masih belum memulakan penternakan kambingnya.

Setelah 2 bulan… masih lagi tiada kelihatan seekor kambing pun di dalam kanding tersebut.. masuk bulan ketiga… tetap juga sama.. sehelai janggut kambing pun tidak kelihatan.

Apabila ditanya kepada beliau.. mengapakah tiada lagi kambing yang dimasukkan ke dalam kandang tersebut walaupun sudah 3 bulan kandang tersebut siap dibina.. beliau dengan nada sedikit menyesal berkata.. “Kesemua duit aku sudah habis digunakan untuk buat kandang tu! Sekarang.. nak beli baka kambing pun aku dah takde duit!”.

Itu adalah merupakan suatu pengajaran.. buat pemuda tersebut dan juga buat mereka yang lain.. yang ingin memulakan projek bisnes kambing. Pemuda tersebut, telah menghabiskan wang sebanyak RM RM6,000…. semata-mata untuk mempelajari.. “Untuk memulakan sesuatu, kita perlulah mempunyai ilmu serta perancangan yang teliti”..

Jadi.. bagaimanakah dengan anda?
Berapa “RM”kah yang sanggup anda keluarkan untuk mendapatkan suatu pengajaran?
RM500 ? RM1,000? RM10,000? atau RM20,000?…

Di dalam ebook Rahsia Kambing ini, terdapat banyak ilmu, pengalaman dan pengajaran.. ilmu-ilmu yang terdapat di dalamnya mampu mengelakkan anda daripada kerugian beribu-ribu ringgit, malah dapat membantu melancarkan usaha anda untuk memulakan perniagaan ini.

Belajar dari pengalaman orang lain itu adalah lebih mudah, murah dan menjimatkan masa… untuk itu, harga yang saya tawarkan kepada anda untuk anda mempelajari semua ilmu, pengalaman dan pengajaran yang terkandung di dalam ebook ini, hanyalah RM60.

Ya! Hanya RM60 sahaja.

Ianya teramat murah jika ingin dibandingkan dengan kos yang mungkin anda terpaksa tanggung semata-mata untuk mempelajari satu ilmu & pengajaran berlandasakan pengalaman sendiri … usahlah mengulangi kesilapan sepertimana yang dilakukan oleh pemuda malang yang saya ceritakan diatas!.

Apakah Isi Kandungan Ebook Ini?

Untuk memuaskan hati anda, saya akan tunjukkan “Isi Kandungan” ebook ini kepada anda beserta penerangan ringkas mengenai apa yang akan anda pelajari.

ISI KANDUNGAN

1. Kenapa Kambing?
Pada bab permulaan ini, saya kongsikan serba sedikit info berkaitan sejarah kambing serta apakah  7 kelebihan bisnes jual kambing berbanding ternak-ternakan lain.

2. Modal & Sumber Kewangan
Terdapat 4 cara yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan sumber kewangan, dan sedikit penerangan mengenai sistem penternakan.

3. Tenaga Kerja – Siapa Nak Jaga?
Menjadi satu dilema yang besar, terutama sekali kepada anda yang masih bekerja makan gaji tetapi dalam masa yang sama, mahu memulakan projek ini secara sambilan. Dalam bab ini, saya kongsikan 2 cara yang boleh anda gunakan untuk mencari orang menjaga ternakan anda.

4. Kandang Kambing
Ada banyak perkara yang perlu anda pertimbangkan apabila hendak membina kandang kambing. Dalam bab ini, saya terangkan secara terperinci tentang 10 perkara penting berkaitan kandang yang perlu anda tahu sebelum membinanya. Saya juga kongsikan beberapa gambarajah bentuk kandang kambing. 

5. Makanan Kambing
Untuk menghasilkan kambing yang bermutu dan memenuhi ciri-ciri 3G (bukan talian 3G yer!) , faktor pemberian makanan adalah faktor yang penting.  Dalam bab ini, saya ceritakan tentang 4 jenis makanan yang boleh anda jadikan makanan kambing. Malah, dalam bab ini, saya siap tunjukkan juga secara bergambar, langkah-demi-langkah menanam rumput khas yang sememangnya adalah merupakan sumber utama makanan kambing. Dengan menanam rumput ini, anda akan dapat menjimatkan sebahagian besar kos makanan kambing.

6. Baka Kambing
Kambing ini memang ada banyak jenis dan baka. Jadi, dalam bab ini, saya kongsikan tentang 5 jenis baka kambing yang selalu di jadikan baka permulaan serta, bagaimanakah untuk memilih baka yang terbaik? Sebenarnya, ada teknik khas untuk memilih seseekor kambing itu, untuk dijadikan baka. Perkara ini sangat penting, sebab, kalau anda silap pilih baka, maka…kambing-kambing yang dilahirkan selepas itu, akan kurang berkualiti, kurus, dan mudah mendapat penyakit.

7. Pembiakan Kambing
Dalam bab ini, saya terangkan secara terperinci tentang tempoh biang, tempoh bunting serta proses melahirkan anak. Turut diterangkan tentang perkara-perkara yang perlu dilakukan selepas kelahiran anak dan bagaimana menguruskan anak kambing yang baru lahir.

8. Masalah Kambing
Senarai penyakit-penyakit kambing serta cara bagaimana merawatinya.

9. Teknik Memerah Susu
Ini paling seronok, saya tunjukkan secara bergambar, bagaimana untuk memerah susu kambing dengan betul. Sebab, kalau silap perah, mahu kena terajang dengan kambing nanti.. He he! Seronok & puas beb dapat perah susu kambing nie!

10. Pengurusan Kambing
Jadual harian di dalam menguruskan bisnes ini.

11. Pemasaran
Bila kambing dah banyak, mestilah anda nak jual pulakan? Jadi, dalam bab ini, saya senaraikan 8 kaedah dan saluran yang boleh anda gunakan di dalam memasarkan hasil kambing anda.

Anda akan dapat 3 bonus berikut

BONUS #1 : SENARAI SEMAK BAJET MEMULAKAN PROJEK PENTERNAKAN KAMBING

BONUS #2 : CONTOH KERTAS KERJA PERMOHONAN PINJAMAN PROJEK

BONUS #3 : EXTRA INCOME – BUAT DUIT LEBIH TANPA PERLU JUAL KAMBING

Jika anda berminat dengan panduan ini anda boleh dapatkan segera dengan klik gambar di bawah.

ebook panduan penternakan kambing